Pernah tak ketika kita duduk dekat dengan kawan kita, ada aroma segar menyerap hidung kita? Tiba-tiba mood kita pun berubah menjadi gembira tak semena-mena. Haha!

Apabila kita pakai minyak wangi, bukan bermakna kita mahu orang perasan kehadiran kira dari jarak dua (2) batu lagi. Kelibatnya belum ada tetapi baunya sudah sampai!

Apa yang saya maksudkan ialah apabila seseorang merapati kita, barulah mereka mendapati bahawa kita memakai bauan yang menyegarkan.

Apabila mereka tidak berada dekat dengan kita, wangian kita tidak akan mendahului kewujudan diri kita.

Pakai minyak wangi tidak perlu semburan yang banyak. Cukup setengah semburan (1/2 push from the spray). Apabila ia bercampur dengan peluh, bau semakin hilang kerana ia sebati dengan badan. Tetapi aromanya tetap bertahan. Justeru, hanya orang berdekatan kita sahaja yang dapat menyedari baunya. Itu tandanya wangian tersebut amat serasi dengan diri kita. Bukannya semakin kuat si pemakai merasai baunya.

Kuncinya adalah untuk membolehkan wangian kita ditemui tanpa diumumkan oleh si pemakai.

Jika Tuan Khairul Hakimin Muhammad menggemari wangian dari jenama Hugo Boss, saya pula Giogio Armani Black dan HE, Apa jenama minyak wangi kesukaan tuan dan cik puan ya?

#IMAGenius
#PerundingImejGOMEN

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *