Pernah tak kita rasa malas hendak pakai baju batik pada hari Khamis?

Sebenarnya pemakaian batik sangat mudah dan ringkas. Sindrom leceh dan sukar memakai baju batik pada hari bekerja mungkin kerana sebahagian besar batik dibuat dari kain jenis licin seperti satin dan sutera. Susah nak gosok bukan? Malah, baju batik dari kain jenis licin ini mahal harganya.

Sebenarnya, sejak kebelakangan ini banyak batik Malaysia dibuat dari kain kapas yang mudah digosok. Harganya pula dalam kategori mampu milik. Selain itu, saya suka mencadangkan agar kita bukan sahaja memakai batik dari Terengganu atau Kelantan tetapi juga batik dari negeri lain di Malaysia seperti Batik Borneo dari motif Orang Ulu atau Iban yang unik.

Jom kita sama-sama gali maksud pemakaian batik pada hari bekerja dalam 5 bentuk grafik ringkas:

1. Penjawat Awam memakai pakaian batik pada hari Khamis. Punca kuasanya ialah Surat Pekeliling Perkhidmatan bilangan 1 tahun 2008. Bagi negeri Johor, kerana bekerja pada hari Ahad, arahan pemakaian pada hari Ahad melalui Surat Setiausaha Kerajaan Johor Bil. (3) dlm. SUKJ.100-3/5/1. Bagaimana pula dengan negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan? Boleh kongsikan dengan kita semua?

2. Batik Buatan Malaysia sahaja. Bukan batik dari negera seberang. Ini untuk membantu perkembangan industri batik Malaysia.

3. Pegawai Lelaki hendaklah memakai baju batik berlengan panjang dan berkolar seperti kolar kemeja biasa, kolar gaya baju melayu, nehru atau mandarin.

4. Pegawai Wanita hendaklah memakai pakaian batik yang bersesuaian seperti potongan baju kurung atau kebaya labuh.

5. Tidak terpakai kepada mereka yang memakai uniform kerja.

Rujukan:
(1) Surat Pekeliling Perkhidmatan bil. 1/2006
(2) Surat Pekeliling Perkhidmatan bil. 1/2008

Silakan SHARE.

#PerundingImejGOMEN
#IMAGenius

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *